Halloween Costume ideas 2015
loading...

Sejarah Aceh Berkuasa Di Perak, Malaysia

Pada awal kurun yang ke 15, Empayar Kerajaan Melaka telah direkodkan sebagai penakluk dan perdagangan yang tersebar luas diseluruh benua. Namun pada kurun yang ke 16, sebuah kerajaan yang agung ini rebah dengan serangan besar-besaran dari kuasa barat.

Pemerintah di Melaka terpaksa berundur dan sentiasa mencuba membalas serangan demi serangan, sesungguhnya segala recana itu datangnya dari Maha Pencipta, Sang Raja bekas pemilik Kota Melaka terpaksa berputih mata sehingga ke akhir hidupnya tiada baginda beroleh Negerinya kembali.

Dalam kejayaan Orang Barat menakluk Kota Melaka, ada sebuah kota yang tidak kurang hebatnya seperti Kota Melaka yang terletak dihujung Pulau Sumatera yang digelar orang Kota Serambi Mekah. Barangkali mereka terlepas pandang ketika itu, mungkin kegairahan dan kegembiraan orang-orang barat menakluk Kota Melaka masih menyelubungi mereka.

Sultan Ali Mughayat Syah adalah pemerintah Kota Serambi Mekah iaitu Aceh diwaktu itu. Dihayatkan, Baginda seorang yang sangat bijak mentadbir kerajaannya dan diatas kebijaksanaan baginda itulah menjadikan Kota Pemerintahan baginda kian maju sepertinya Kota Melaka.

Setelah 24 tahun berlalu iaitu pada tahun 1564, segala kekuatan angkatan perang dan bala tentera di kerahkan menlanggar Johor iaitu ketika Sultan Alauddin Shah menjadi pemerintahnya. Kerajaan Johor kalah dengan mudah dan Raja nya ditawan dan dibawa ke Aceh dan selepas Johor kalah berperang dengan Aceh, Perak pula menjadi sasarannya. Mungkin kerana membalas luka yang tidak pernah sembuh diatas kenangan silam dimana Pemerintah Negeri tersebut pernah membantu Aru mengusir Aceh pada tahun 1540.

Pada tahun 1573 pula adalah detik waktu giliran Perak dilanggar oleh Aceh. Begitu jualah nasibnya Perak sepertinya negeri Johor. Diatas kekalahan tersebut seisi keluarga kerabat Sultan Mansur I ( Sultan Ahmad Mansur Shah – catatan sesetengah penulisan di Aceh ) yang mana ketika itu menjadi pemerintah di Perak dibawa ke Aceh sekaliannya. Didalam erti kata sebenar, pada tahun yang sama jua lah bermulanya era Negeri Perak itu juga Negeri Aceh. Namun setelah tidak beberapa lama Sultan Perak itu dihantar pulang untuk menyusun kerajaan kembali.

Pada tahun 1577, Raja Alauddin Mansur Shah menantu Sultan Aceh dan Putera kepada Sultan Perak yang kedua ditabalkan menjadi Sultan Aceh, dan oleh kerana rindukan ayahnda baginda yang berada di Perak ketika itu membuatkan baginda mengarahkan beberapa Panglimanya yang terhandal didalam Kota Aceh menjemput Ayahanda di Perak dibawa pulang dengan selamat.

Didalam rombongan Panglima Aceh ke Perak itu disertakan sekali Adinda Baginda yang bernama Raja Ahmad bagi mengantikan Ayahandanya memerintah didalam Negeri kelahiran mereka. Dikhabarkan, ketika bermula zaman Sultan Aceh itu dari keturunan Sultan Perak ini memerintah Aceh, Negeri Perak seolah-seolah tiada pengaruh Aceh ketika itu sehingga lahirnya seorang Pemerintah Aceh yang Agung iaitu Iskandar Mahkota Alam setelah 34 tahun dari kemangkatan Sultan Alauddin Mansur Shah.

Pada tahun 1619, Baginda datang semula ke Perak dengan hajat membawa seluruh kaum kerabat Sultan Mukkadam Shah ke Aceh kerana berkemungkinan baginda khuatiri bahawa pertunangan diantara Raja Mansur putera kepada Raja Kechil Lasa dengan Puteri kepada Sultan Mukkadam membawa kepada kenaikan tahta kerajaan Perak.

Raja Mansur sempat melarikan diri ke Johor dan Sultan Mukkadam Shah berserta anak dan isterinya dibawa pulang ke Aceh. Setelah tentera Aceh keluar membawa pulang rombongan kaum kerabat Sultan Perak itu, maka berhimpunlah Orang-Orang Besar Perak yang menentang Iskandar Mahkota Alam berpakat membawa pulang Sultan Mansur II untuk dirajakan di Perak tanpa pengetahuan Sultan Iskandar Mahkota Alam.

Akhirnya Sultan Mansur Shah II dirajakan didalam Negeri Perak. Walau bagaimanapun berita tentang kenaikan Sultan Mansur Shah II itu dapat didengar oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam dan Baginda sangat murka namun Aceh tidak terburu-buru kembali ke Perak kerana diwaktu itu Aceh sedang giat berperang dengan Portugis kerana Aceh menganggap Portugis yang berpengkalan di Melaka boleh menggugat Aceh.

Sejarah Aceh Berkuasa Di Perak

Pada 1627, Angkatan rombongan dari Mahkota Alam datang ke Perak bagi menurunkan tahta Sultan Mansur Shah II, kedatangan rombongan dari Aceh ini tidak ditentang oleh Perak dan dibawa sekali seorang anak Raja bersama iaitu adinda bongsu kepada Sultan Mukkadam Shah, digelar orang Raja Bongsu yang dibawa bersama-sama ke Aceh pada tahun 1619. Nama sebenar Raja Bongsu adalah Raja Yusof maka di Rajakan lah didalam Negeri itu dengan gelaran Sultan Mahmud Shah I.

Sultan Mukkadam Shah dan Sultan Mahmud Shah I berbondakan puteri kepada Al-Marhum Sultan Mansur Shah I iaitu Sultan Perak kedua. Ayahanda Baginda berdua seorang Raja Aceh yang berketurunan Bugis iaitu Sultan Zain Al-Abidin (1576-1577). Secara tidak langsung Raja yang sudah terdidik di Aceh tetaplah membawa gaya dasar-dasar pemerintahan yang dipengaruhi oleh Aceh.

Sultan Mahmud Shah I mangkat pada tahun 1630, diganti pula oleh Raja Kobat iaitu puteranya digelar diatas tahta Sultan Sallehuddin Shah menjadi Sultan Perak Yang Ke 9. Tiadalah lama memerintah diserang pula satu panyakit yang berjangkit pula kepada rakyat jelata. Ramai yang korban akibatnya, maka diusulkan oleh Orang-Orang Besarnya agar berundur ke Kampar Sumatera. Tidaklah lama selepasnya itu mangkatlah Sultan Sallehuddin disana.

Lewat setahunnya pula, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang masyhur itu pula mangkat pula di Kota Aceh, dan menantunya yang bernama Raja Munghal putera kepada Raja Ahmad yang menjadi Sultan di Pahang itu pula menggantikan tempat Al-Marhum Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Nama gelaran Raja Munghal diatas tahta ialah Sultan Iskandar Thani dan nama sebenar baginda adalah Raja Hussien. Baginda adalah cucu kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassan.

Ketika dizaman Sultan Iskandar Thani inilah dikatakan penaklukkan Aceh ke atas Negeri Perak beransur-ansur hilang. Keadaan ini dapat dilihat apabila Sultan Iskandar Thani merajakan seorang anak Raja beribukan seorang Puteri Raja Asif yang bernama Puteri Munang atau Putri Bongsu Chandra Devi Raja Dungu, berdasarkan yang telah diriwayatkan oleh Tun Sri Lanang bahawa Baginda berdua hubungkaitnya.

Dan lebih kurang pada tahun 1700, ketika didalam pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Shah, boleh dikatakan kekuasaan Aceh keatas Perak lenyap begitu sahaja, besar kemungkinan salah satu faktor penyebabnya, Raja Perak yang diangkat oleh Sultan Iskandar Thani itu mempunyai pertalian yang rapat dengannya.
Limong limong kapai jitamong,
Dua go limong kapai jibungka,
Nyo hantrok lon chot ngon reunong,
Nyan bungong lon pupo geulawa.

-tokchangkatlanggor-












loading...
21:51

Post a Comment

loading...

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget